Telefon pintar yang anda miliki kini bukan sahaja berguna dan seronok digunakan, malah ia juga adalah sangat bahaya jika anda tidak tahu tentang pantang larangnya di mana telefon anda boleh meletup pada bila-bila masa. Boleh dikatakan telefon pintar anda juga adalah sebuah bom jangka.
6 perkara berikut adalah semua yang perlu anda tahu jika tidak mahu telefon pintar anda meletup:
- Jangan beli bateri yang berkualiti rendah
- Cas telefon pintar anda di tempat yang terbuka
- Jika telefon anda basah, bawalah ke pakar untuk diperiksa
- Jangan gunakan telefon semasa dicas
- Jika telefon terjatuh dengan dahsyat, bawalah ke pakar untuk diperiksa
- Jika suhu telefon terlalu panas ataupun bateri cepat habis, sudah pasti ada masalah. Bawalah ke pakar untuk diperiksa.
[via: yahoo]